BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 5 Oktober 2011

Alert !!!


PENTING ...tolong sebarkan. Moga Allah SWT akan membalas jasa baik anda.
Yang pa ... sti............ ini bukan ayat al-Quran

Semoga kita semua berhati-hati jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita. Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara-saudara kita.

Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh orang-orang KAFIR.

Perhatian kalau ternampak penghujungnya ditulis "Surah Injilu Matay" (Terus reject).

Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada blog melalui e-mail. Jika ada blog, copy dan paste ke blog anda. Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah.

Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidiklah isinya juga. Tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah.

Sekali pandang macam ayat dan kalimah Al-Quran. Sebenarnya ayat dari kitab Bible.

Selasa, 4 Oktober 2011

take note everyone!


barang siapa yang mengerat kukunya pada:

Hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ub ... at dan masuk kepadanya penyakit
Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan
Hari Isnin: keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari selasa: keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
Hari Khamis: keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
Hari Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala

jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati. misalnya kerat kuku ada adabnya selain mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor, sebagaimana yang diajar..seeloknya kita membuang ke tanah kerana kita juga berunsur tanah. bukannya tong sampah sekali pun tong sampah itu bersih.

Isnin, 3 Oktober 2011

Kisah tauladan: Wanita dan cekodok

Coretan untuk hari ini hanyalah sekadar untuk menjentik minda dan rohani. Oleh yang demikian ia tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun dengan orang yang sudah meninggal dunia.

Kisah ini berlaku di perhentian bas sesuatu tempat (dirahsiakan tempatnya). Seorang wanita membeli kuih, cekodok satu plastik dan disimpannya dalam beg tangannya. Sementara menunggu bas sampai, maka beliau singgah di sebuah kedai makanan. Hari itu sungguh panas, menyebabkan tekak sangat dahaga.

Wanita itu pun duduklah di sebuah kerusi di restoran tersebut, yang mana ada seorang lelaki memang dah lama disitu, duduk di sebelah wanita tersebut. Kebetulan tiada lagi tempat, untuk duduk.(kedai tuh memang penuh dengan pelanggan). Wanita itu rasa tidak berapa selesa, namun dia tetap memesan minuman dan setelah minuman dipesan dihidangkan diatas meja dihadapannya. Beliau mula membasahkan tekak dan mengunyah satu demi satu cekodok itu daripada atas meja itu.

Wanita itu rasa amat geram dan tidak senang hati apabila lelaki di sebelahnya turut memakan biskut tersebut. Dalam hatinya berkata , “Sedapnya kau makan cekodok aku tanpa mintak izin pun”. Dan setiap kali wanita itu mengambil cekodok itu, makan setiap kali itu jugalah lelaki itu mengambil dan memakannya.

Sakitnya hati wanita itu terhadap lelaki tersebut bukan main kepalang lagi. Sumpah seranah, macam-macam perkataan bermain di fikiran wanita itu. Bagaimanapun, lelaki itu kelihatan tenang dan ceria, sambil tersenyum lebar meskipun dia tahu yang wanita di sebelahnya sangat tidak senang dan memandang negatif kepadanya.

Sehingga tinggal satu cekodok yang terakhir diatas meja itu dan kali ini wanita ini berhenti daripada mengambilnya. Dalam hatinya berkata : ‘Aku nak tengok apa lelaki itu buat pada cekodok yang terakhir itu”.

Setelah beberapa ketika, apabila difikirkan wanita itu tidak mahu mengambilnya, lelaki itu pun mengambil cekodok itu dan belahnya menjadi dua- sebahagiannya diberikan kepada wanita itu, manakala sebahagiannya lagi lalu dimakan. Lagilah bertambah sakit hati wanita itu!!

Platform 17, Mayang Sari, destinasi ke Kuala Lumpur, Puduraya sudah sampai!!

Setelah mendengar pengumuman dari platform dan bas sudah tiba, wanita tersebut terus bangun naik ke bas. Di dalam bas, wanita itu membuka beg tangannya dan alangkah terperanjatnya, didalam beg tangannya masih ada lagi cekodok yang dibelinya seplastik tadi. Barulah wanita itu tersedar cekodok yang dimakan tadi adalah cekodok lelaki tadi!

Ya tuan-tuan, apa bezanya wanita itu dan lelaki tersebut? Meskipun lelaki itu berkongsi cekodok dengan wanita itu tetapi tetap ceria meskipun reaksi negatif wanita yang memakan cekodoknya, bahkan sanggup berkongsi biskut yang terakhir.Sebaliknya wanita itu tidak gembira dan sakit hati justeru dibelenggu prasangka buruk.

Mengakhir cerita teladan dari kisah ini ialah, jangan kita mudah menilai orang dari luaran, apatah lagi kesannya menjadikan mudah berburuk sangka pada orang lain. Selalunya seseorang itu bukanlah sebagaimana yang kita sangkakan. Selalulah bersangka baik, tetapi biarlah berpada-pada.

Sekian, semoga ianya bermanfaat untuk diri sendiri dan anda semua.