BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 15 November 2009

~ Dia ~

Dia .....

Sebelum engkau melangkah pergi,

Engkau memberi senyuman indah persona,

Hadirnya engkau tanpa ku duga,

Perginya engkau resah dijiwa,

Menilai erti hubungan,

Yang telah terbina bermusim lamanya.....

Langkah kau susun,

Membuat ku berbisik bicara,

Di dalam hati bermadah di jiwa,

Ku tertanya terdiam seketika,

Kelu lidah tuk berbicara,

Mata kabur di ulit kenangan bersama,

Dalam kehidupan di alam kedua,

Engkau membuat hidup ku bersinar rupa,

Hadirnya engkau memberi tanda,

Madu yang di cari dekat sahaja,

Tanpa ku sedari berabad lamanya.....

Betapa berat hati ku menerima,

Bahawa diriku telah lama berpunya,

Oleh cinta, di atas angin sahaja,

Daripada engkau tidak ku sangka.