BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 5 Oktober 2011

Alert !!!


PENTING ...tolong sebarkan. Moga Allah SWT akan membalas jasa baik anda.
Yang pa ... sti............ ini bukan ayat al-Quran

Semoga kita semua berhati-hati jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita. Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara-saudara kita.

Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh orang-orang KAFIR.

Perhatian kalau ternampak penghujungnya ditulis "Surah Injilu Matay" (Terus reject).

Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada blog melalui e-mail. Jika ada blog, copy dan paste ke blog anda. Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah.

Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidiklah isinya juga. Tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah.

Sekali pandang macam ayat dan kalimah Al-Quran. Sebenarnya ayat dari kitab Bible.

Selasa, 4 Oktober 2011

take note everyone!


barang siapa yang mengerat kukunya pada:

Hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ub ... at dan masuk kepadanya penyakit
Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan
Hari Isnin: keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari selasa: keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
Hari Khamis: keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
Hari Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala

jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati. misalnya kerat kuku ada adabnya selain mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor, sebagaimana yang diajar..seeloknya kita membuang ke tanah kerana kita juga berunsur tanah. bukannya tong sampah sekali pun tong sampah itu bersih.

Isnin, 3 Oktober 2011

Kisah tauladan: Wanita dan cekodok

Coretan untuk hari ini hanyalah sekadar untuk menjentik minda dan rohani. Oleh yang demikian ia tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun dengan orang yang sudah meninggal dunia.

Kisah ini berlaku di perhentian bas sesuatu tempat (dirahsiakan tempatnya). Seorang wanita membeli kuih, cekodok satu plastik dan disimpannya dalam beg tangannya. Sementara menunggu bas sampai, maka beliau singgah di sebuah kedai makanan. Hari itu sungguh panas, menyebabkan tekak sangat dahaga.

Wanita itu pun duduklah di sebuah kerusi di restoran tersebut, yang mana ada seorang lelaki memang dah lama disitu, duduk di sebelah wanita tersebut. Kebetulan tiada lagi tempat, untuk duduk.(kedai tuh memang penuh dengan pelanggan). Wanita itu rasa tidak berapa selesa, namun dia tetap memesan minuman dan setelah minuman dipesan dihidangkan diatas meja dihadapannya. Beliau mula membasahkan tekak dan mengunyah satu demi satu cekodok itu daripada atas meja itu.

Wanita itu rasa amat geram dan tidak senang hati apabila lelaki di sebelahnya turut memakan biskut tersebut. Dalam hatinya berkata , “Sedapnya kau makan cekodok aku tanpa mintak izin pun”. Dan setiap kali wanita itu mengambil cekodok itu, makan setiap kali itu jugalah lelaki itu mengambil dan memakannya.

Sakitnya hati wanita itu terhadap lelaki tersebut bukan main kepalang lagi. Sumpah seranah, macam-macam perkataan bermain di fikiran wanita itu. Bagaimanapun, lelaki itu kelihatan tenang dan ceria, sambil tersenyum lebar meskipun dia tahu yang wanita di sebelahnya sangat tidak senang dan memandang negatif kepadanya.

Sehingga tinggal satu cekodok yang terakhir diatas meja itu dan kali ini wanita ini berhenti daripada mengambilnya. Dalam hatinya berkata : ‘Aku nak tengok apa lelaki itu buat pada cekodok yang terakhir itu”.

Setelah beberapa ketika, apabila difikirkan wanita itu tidak mahu mengambilnya, lelaki itu pun mengambil cekodok itu dan belahnya menjadi dua- sebahagiannya diberikan kepada wanita itu, manakala sebahagiannya lagi lalu dimakan. Lagilah bertambah sakit hati wanita itu!!

Platform 17, Mayang Sari, destinasi ke Kuala Lumpur, Puduraya sudah sampai!!

Setelah mendengar pengumuman dari platform dan bas sudah tiba, wanita tersebut terus bangun naik ke bas. Di dalam bas, wanita itu membuka beg tangannya dan alangkah terperanjatnya, didalam beg tangannya masih ada lagi cekodok yang dibelinya seplastik tadi. Barulah wanita itu tersedar cekodok yang dimakan tadi adalah cekodok lelaki tadi!

Ya tuan-tuan, apa bezanya wanita itu dan lelaki tersebut? Meskipun lelaki itu berkongsi cekodok dengan wanita itu tetapi tetap ceria meskipun reaksi negatif wanita yang memakan cekodoknya, bahkan sanggup berkongsi biskut yang terakhir.Sebaliknya wanita itu tidak gembira dan sakit hati justeru dibelenggu prasangka buruk.

Mengakhir cerita teladan dari kisah ini ialah, jangan kita mudah menilai orang dari luaran, apatah lagi kesannya menjadikan mudah berburuk sangka pada orang lain. Selalunya seseorang itu bukanlah sebagaimana yang kita sangkakan. Selalulah bersangka baik, tetapi biarlah berpada-pada.

Sekian, semoga ianya bermanfaat untuk diri sendiri dan anda semua.


Sabtu, 3 September 2011

Sesungguhnya Allah lebih mengetahui daripada yang kamu ketahui...

“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu,
dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu.
Allah mengetahui sedang kamu tidak."

~ (Al-Baqarah 216)

~ Adakala Dia memberi tanpa sempat kita menadah tangan kerana Dia mengerti keperluan hambaNya.....
Adakala Dia mengambil sesuatu tanpa sempat kita bersedia kerana Dia
ingin menguji hambaNya....
Renungilah segala apa yang berlaku...Moga kita mengerti akan Kalam Allah
aminn~
p/s ; setiap yg berlaku semuanya ada hikmahnya...Allah swt tidak menguji umatnya melebihi kemampuannya... oleh itu, redha setiap ketentuanNya... InsyaAllah akan ada yg lebih baik dri sebelum ni.. Hanya Dia yg mengetahuinya...

Isnin, 22 Ogos 2011

8G pada lelaki yang dibenci oleh wanita

Hehehehehe....terbaca dri fb akak izan ku tersyang...dh xde benda nk post kt sni, aku msukkan lah sekali...baca2.. ;p

1.Garang ( garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh… macam ler dia betul semua, dsb)

2.Ganas (kaki pukul, ngan pompuan pun nak tunjuk kuat sebab pompuan bukan lawannyer)

3.Gementar (takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain,dsb)

4.Gabrah – tak boleh/pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat pompuan aje, dsb)

5.Gentleman tiada (langsung tak gentle, pentingkan diri sendiri,ambik kesempatan,dsb)

6.Gerumal (bahasa kedah -bohong atau tipu)

7.Ganggo (keterlaluan- lembut sangat,pemalu sangat,pendiam sangat,macho sangat, dll)

8.Gatal (miang keladi ngan pompuan lain selain dengan bini)

Ahad, 21 Ogos 2011

Cuba kita semua renungkan...

xleh tidooOOOoooo... bila aku on laptop smbil2 tgok kerja 0 (hehehehe...nk tukar kerja lagi) aku terjumpa satu artikel ni... rse nye mcm menarik je utk dikongsi bersama.
1; Tahun ni kita akn mngalami 4 tarikh yg jarang brlaku dlm setahun:
iaitu 1/1/11, 1/11/11, 11/1/11 dan 11/11/11.
Itu fakta pertama
2; cuba ambil 2 nombor di mana tahun kita dlahirkan dan tambah dengan umur kita pada tahun ini.
Kputusannya ialah 111 buat semua orang!!
Eg:sorg yg lahir pada thn 1984, umurnya skrg 27 pd tahun ini. Jadi, 84 + 27= -111!! Utk pngetahuan korang.
Perkara ini hanya akn trjadi skali shj pada stiap 823 tahun!
-SubhanAllah....

Sabtu, 20 Ogos 2011

Alhamdulillah... SELAMAT HARI RAYA =)

InsyaAllah dlm 10 hari lagi semua umat Islam akan menyambut hari raya. Bolehlah tu buat persiapan utk menyambut hari lebaran supaya semuanya sempurna,jgn asyik last minute preparation jer..hehehe. Aku sbnrnya dh tak sabar nk balik jmpa famili,kwn2 & jgk 'ehem2' ku yg tersyg...hehehe,seminggu lambat sgt rse nya...

Dah lama x merajinkan diri menulis dlm blog ni...dah berkulat dh..hehehe, penat seharian harini..mengemas blog..ehhh, dh mcm nk raya la plk...org sibuk kemas rmh, aku kemas blog...hehehe.

cakap pasal raya ni aku harap Syawal yang bakal menjelang nanti akan membawa keberkatan dan kebahagiaan dalam kehidupan seharian kita. Dengan berlalunya Ramadhan , semoga kita semua mendapat kerahmatan dan keampunan dari Ilahi. Tahun depan kita semua dipanjangkn umur, InsyaAllah kita akan brjumpa lagi dengan Ramadhan…amin..

Last sekali aku nak ucapkan selamat hari raya buat semua umat Islam, rakan2 yg mengenali dah jgk fmly tersayang....Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin..yg mana balik kg tu aku doakan......SEMOGA KALIAN SELAMAT SAMPAI KE KAMPUNG HALAMAN DENGAN SELAMAT...AMIN....